Wednesday, 4 December 2013

TUGASAN PANGKALAN DATA


1.Definisi Pangkalan Data
 

 1.1 Definisi

 

-Pangkalan Data ialah sekumpulan data atau maklumat mengenai sesuatu topik atau tujuan tertentu yang mempunyai hubungan logik di antara satu sama lain.
-Ia disimpan sebagai satu sistem simpanan data yang tersusun dalam bentuk elektronik bagi memudahkan proses capaian oleh satu atau lebih aturcara penggunaan.
-Cth : sistem rekod pelajar-menyimpan maklumat peribadi sepertinama, ic dll.

(sumber:  http://icenkkmg.blogspot.com/2012/05/apakah-itu-sistem-pangkalan-data html)

 

 

 

1.2 Definisi

     
 Merupakan sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta,                     mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data.
      SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.
    
     ( sumber  : : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pangkalan_data)

 
 



2. Fungsi dan Kegunaan Pangkalan Data
   

 
2.1 Fungsi dan Kelebihan Pangkalan Data
  • Kawalan terhadap data lewah kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi
  • Keselarasan data yang lebih tinggi apabila kawalan terhadap data lewah dilaksanakan
  • lebih maklumat dapat dijana daripada jumlah data yang sama
  • perkongsian data di antara individu atau jabatan tinggi kerana data yang dipunyai oleh organisasi bukan individu atau jabatan tertentu
  • keselamatan yang lebih baik seperti penggunaan kata laluan atau penyulitan
  • penambahan kawalan serempak
  • khidmat baikpulih dan sokongan yang lebih baik

(Sumber: :http://notapangkalandata.blogspot.com/)






2. 2 Contoh  Pangkalan Data



2.2.1  SAPS  ( Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)


Kegunaan : 

Guru  - mengisi markah peperiksaan dan memantau pelajar
 Pentadbir Sekolah - memantau prestasi pelajar mengikut kelas atau tingkatan
 Pihak PPD ,JPN dan KPM - memantau prestasi sekolah ikut daerah atau   negeri atau   negara
 Pihak Pelajar dan Ibubapa - melihat prestasi akademik
  
 (Sumber : : http://sapsnkra.moe.gov.my/)









2.2.2 Sistem Pinjaman buku


Sistem ini bertujuan untuk merekodkan senarai buku, jilid, dan bahan yang terdapat    dalam  sesebuah perpustakaan dengan lebih tepat dan efisyen. Sistem ini turut membolehkan pengesanan buku hilang, pembayaran denda, keahlian, penjanaan rekod transaksi dilakukan dengan lebih cepat..


(Sumber :: http://www.omar.my/2012/07/senarai-tajuk-cadangan-projek-akhir-sistem-maklumat/)












3. Fungsi Objek Pangkalan Data Dalam MS Access:
a.   
            - Jadual(Table
b.          -Borang (Form)
c.          -Pertanyaan(Query)
d.   
            - Laporan (Report)

 :
a.   

3     3.3.1 Jadual (Table)


Koleksi data yang tersusun, dikenal pasti dan disimpan sebagai baris dan lajur
Kegunaan untuk menyimpan data dalam pangkalan data. 



       3.3.2 Borang (Form)


Antara muka pengguna untuk menggunakan maklumat dari pangkalan data
Kegunaan membolehkan pengguna memasukkan dan mengubahsuai data yang dibina dalam format tertentu dan tersusun dan terhasil dari Jadual atau Pertanyaan.
 :
c.    
P   
      3.3.3 Pertanyaan (Query)

Pertanyaan ialah satu gambaran rekod kita kehendaki dari pangkalan data, berdasarkan kriteria tertentu. 
Antara kegunaannya ialah
Mencari maklumat tertentu dalam lebih daripada satu jadual.  
Boleh memilih medan-medan tertentu yang dikehendaki.
      Boleh menapis maklumat tertentu yang dikehendaki mengikut syarat-syarat yang dikehendaki
      Query juga sebagai sumber untuk menyediakan borang dan laporan
:


3.3.4   Laporan (Report)

      Laporan adalah maklumat yang dikeluarkan atau dipaparkan daripada pangkalan data. Ia terhasil daripada Jadual atau Pertanyaan untuk tujuan dilihat atau dicetak. 
     
 
 


       

       4.    TUTORIAL 

  Digunakan untuk membuat pangkalan data pelajar.

L     
        Langkah 1 : 


       clik Microsoft Acces 2007 - BLANK DATABASE seperti mana di bawah




        
    
      Langkah 2 :

      
     Lengkapkan jadual (table) yang perlu beserta item-item yang dikehendaki







     
       Langkah 3 :
B  
     Bagi menulis item utama di dalam table gunakan data sheet "TEXT" sahaja. Tetapi untuk Gaji atau yang berkaitan dengan jumlah wang mesti gunakan data sheet "CURRENCY".- Selepas siap isikan item utama dalam table save dan isikan nama table contohnya ; PERIBADI- Untuk buat table baru klik CREATE dan Klik pada TABLE• RELATIONSHIPS-Di database juga ada penggunaan relationships cara-caranya:- Klik DATA TOOLS dan klik RELATIONSHIPS- kemudian akan terpapar nama-nama table yang telah disiapkan, klik nama table - add dan buat seterusnya pada table yang lain

    
       Langkah 4 :

B   Bagi membuat relationship klik ID dan bawa atau tarik ke ID pada kotak sebelahnya dan lepaskan mouse dan klik create. Seperti contoh gambar di bawah in
i.





Borang (Form)

  1. Cara nak buat borang pula adalah;1. Klik CREATE2. klik MORE FORM3. klik FORM WIZARD4. kemudian akan terpapar gambar seperti di bawah dan ambil item pada Available fields dan klik pada anak panak ke kanan untuk masukkan data ke kotak Selected fields.


Langkah 5 :

Kemudian klik NEXT pilih layout kemudian NEXT, pilih STYLE kemudian NEXT tulis title contoh (Borang)



Langkah 6 : 

Kemudian isi borang dengan maklumat yang ingin anda is


i
                  


Query (Pertanyaan) 

1. Klik CREATE dan pilih QUERY WIZARD 
2. Pilih pilihan atau jenis Query yang disukai kemudian klik OK. 
3. Contoh; subjek "subjek sains" 
4. Table peribadi masukkan kekotak sebelahnya item seperti ID,NAMA,IC, dan ALAMAT 






ada table kokurikulum pilih dan masukkan subjek sains sahaja kerana bahagian pengenalan diri telah dimasukkan dari table peribadi.Kemudian klik next dan klik Finish kemudian akan keluar kotak seperti gambar di bawah 



: 




  •  gambar seperti di atas akan keluar kemudian save dan close. Kemudian Klik pada HOME dan klik VIEW dan akan dipaparkan dengan gamba
  •  
  •  
  •  







Report
1. Klik pada CREATE pilih REPORT WIZARD
2. Pilih komponen yang diingini untuk membuat report 







  (Sumber  http://cikgufairus.blogspot.com/2009/04/asas-penggunaan-microsoft-office-access.html)




                    

                       
                    KESIMPULAN


Microsoft Access adalah aplikasi pangkalan data paling popular untuk Windows. Ianya  merupakan pangkalan data sistem pengurusan dari Microsoft yang menggabungkan hubungan Microsoft Jet Database Engine dengan antara muka pengguna grafik dan alat perisian pembangunan.  Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk mewujudkan pangkalan data alat yang menyimpan maklumat dalam struktur yang kemas dan tersusun. Maklumat yang disimpan dalam pangkalan data Access boleh dilayari, dicari, dan diakses dari program-program lain, termasuk perkhidmatan web.Dengan menggunakan microsoft access ini,ia memudahkan kerja - kerja seperti menyimpan data,mengemaskini data,menghasilkan laporan dan mencari data dengan kadar yang segera dapat dilakukan.







                                                 

No comments:

Post a Comment