Wednesday 4 December 2013

TUGASAN PANGKALAN DATA

1.Definisi Pangkalan Data
 
 1.1 Definisi

-Pangkalan Data ialah sekumpulan data atau maklumat mengenai sesuatu topik atau tujuan tertentu yang mempunyai hubungan logik di antara satu sama lain.
-Ia disimpan sebagai satu sistem simpanan data yang tersusun dalam bentuk elektronik bagi memudahkan proses capaian oleh satu atau lebih aturcara penggunaan.
-Cth : sistem rekod pelajar-menyimpan maklumat peribadi sepertinama, ic dll.

(sumber:  http://icenkkmg.blogspot.com/2012/05/apakah-itu-sistem-pangkalan-data html)

Tuesday 26 November 2013

TUGASAN MICROSOFT ACCESS

DEFINISI MICROSOFT ACCESS

 Microsoft Access adalah suatu program aplikasi pangkalan data komputer hubungan yang digunakan untuk merancang , membuat dan memproses pelbagai jenis data dengan kapasiti yang besar.Aplikasi ini menggunakan enjin pangkalan dataMicrosoft Jet Database Engine , dan juga menggunakan paparan grafik yang intuitif sehingga memudahkan pengguna . Versi terakhir adalah Microsoft Office Access 2007 yang termasuk ke dalam Microsoft Office System 2007 .

Monday 18 November 2013

TAMBAH ILMU DI IPG

Alhamdulillah , syukur kepada Allah Taala kerana mengurniakan kesihatan yang baik sehingga dapat saya teruskan pengajian di peringkat diploma ini, Sesungguhnya berkat kesabaran dan doa dari orang-orang yang tersayang telah dapat membantu bagi menguatkab semangat untuk belajar. Semuga ilmu yang diperolehi ini akan dapat memperbaiki sagala kelemahan dan meningkatkan prestasi diri serta dapat membimbing anak-anak bangsa menjadi anak yang berguna.
  Terimakasih kepada Para Pensyarah yang telah banyak memberi bimbingan kepada kami yang telah berusia ini. Jutaan terimakasih diucapkan .

Friday 29 March 2013

Setiap insan yang bergelar manusia pasti mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.Alhamdulillah,  Saya amat bersyukur kerana mempunyai keluarga bahagia yang dikurniakan dengan empat orang permata keluarga, tiga puteri dan seorang putera.Di saat usia yang menginjak senja ini tiada apa yang diharapkan melainkan melihat anak-anak membesar didepan mata dengan sempurna.Anak-anak adalah penawar segalanya.Hilai tawa anak-anak adalah pengubat segala kekusutan,mereka adalah tempat untuk mencurahkan segala masalah apatah lagi kini anak-anak telah meningkat dewasa.Namun begitu sebagai orang tua kita perlulah menitip beratkan ilmu agama agar mereka tidak mudah terpaya dengan keseronokan duniawi semata-mata .Mereka perlu dipantau dalam pergaulan agar tidak tersasar haluan hidup yang akan menjerumuskan mereka.
Syukur Alhamdulillah,hari ini tiada yang lebih mengembirakan apabila anak membawa berita gembira dengan membawa kejayaan dalam pelajaran. Semuga kejayaan kakak menjadi pendorong dan semangat buat adik-adik agar berjaya dalam pelajaran mereka dan menjadi insan yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa..INSYAALLAH.

permata keluarga

Sunday 24 March 2013

kehidupanku

Waktu petang yang indah di Seberang Takir, menatapi sinar mentari yang bakal melabuhkan tirainya,keindahan itu cukup menarik kerana mengamit memoriku yang lalu.Di sinilah aku dilahirkan 45 tahun yang lalu sebagai seorang anak nelayan yang hidup dalam  serba kesusahan.Aku bersama empat orang adik beradik perempuan sentiasa bekerjasama, tolong menolong dan bekerjakeras melakukan apajua pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.Pada usia yang masih muda iaitu seawal usia 9 tahun aku  telah bersama-sama membantu ibu melakukan pelbagai pekerjaan bagi mencari rezeki yang halal  kerana  ayah tidak dapat bekerja kerana ditimpa kemalangan.Walaupun sedih kerana tidak dapat bermain  bersama-sama rakan sebaya , namun aku gembira kerana aku dapat membantu ibu dan keluarga.Hari ini aku berbangga kerana semua itu memberi pelbagai pengalaman yang cukup berharga yang tiada nilainya.Aku bersyukur kerana dengan pengalaman itu mengajar aku menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan memberi kekuatan kepadaku untuk meneruskan kehidupan bak kata pepatah bersusah dahulu bersenang kemudian.
Kini aku bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana memberikan kehidupan yang sempurna disamping keluarga tercinta.Terimakasih diucapkan buat keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan buatku meneruskan pengajian ini.Sesungguhnya kalian semua tetap  dalam ingatan.