Waktu
petang yang indah di Seberang Takir, menatapi sinar mentari yang bakal
melabuhkan tirainya,keindahan itu cukup menarik kerana mengamit memoriku yang
lalu.Di sinilah aku dilahirkan 45 tahun yang lalu sebagai seorang anak nelayan
yang hidup dalam serba kesusahan.Aku
bersama empat orang adik beradik perempuan sentiasa bekerjasama, tolong
menolong dan bekerjakeras melakukan apajua pekerjaan bagi menampung perbelanjaan
keluarga.Pada usia yang masih muda iaitu seawal usia 9 tahun aku telah bersama-sama membantu ibu melakukan
pelbagai pekerjaan bagi mencari rezeki yang halal kerana
ayah tidak dapat bekerja kerana ditimpa kemalangan.Walaupun sedih kerana
tidak dapat bermain bersama-sama rakan
sebaya , namun aku gembira kerana aku dapat membantu ibu dan keluarga.Hari ini aku berbangga kerana semua itu memberi pelbagai pengalaman yang cukup
berharga yang tiada nilainya.Aku bersyukur kerana dengan pengalaman itu
mengajar aku menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan memberi
kekuatan kepadaku untuk meneruskan kehidupan bak kata pepatah bersusah dahulu
bersenang kemudian.
Kini aku bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana
memberikan kehidupan yang sempurna disamping keluarga tercinta.Terimakasih
diucapkan buat keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan buatku
meneruskan pengajian ini.Sesungguhnya kalian semua tetap dalam ingatan.
No comments:
Post a Comment