Setiap insan yang bergelar manusia pasti mengimpikan sebuah
keluarga yang bahagia.Alhamdulillah, Saya amat bersyukur kerana mempunyai keluarga
bahagia yang dikurniakan dengan empat orang permata keluarga, tiga puteri dan
seorang putera.Di saat usia yang menginjak senja ini tiada apa yang diharapkan
melainkan melihat anak-anak membesar didepan mata dengan sempurna.Anak-anak
adalah penawar segalanya.Hilai tawa anak-anak adalah pengubat segala
kekusutan,mereka adalah tempat untuk mencurahkan segala masalah apatah lagi
kini anak-anak telah meningkat dewasa.Namun begitu sebagai orang tua kita
perlulah menitip beratkan ilmu agama agar mereka tidak mudah terpaya dengan
keseronokan duniawi semata-mata .Mereka perlu dipantau dalam pergaulan agar
tidak tersasar haluan hidup yang akan menjerumuskan mereka.
Syukur Alhamdulillah,hari ini tiada yang lebih
mengembirakan apabila anak membawa berita gembira dengan membawa kejayaan dalam
pelajaran. Semuga kejayaan kakak menjadi pendorong dan semangat buat adik-adik
agar berjaya dalam pelajaran mereka dan menjadi insan yang berguna kepada
keluarga, agama dan bangsa..INSYAALLAH.
No comments:
Post a Comment