Setiap insan yang bergelar manusia pasti mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.Alhamdulillah, Saya amat bersyukur kerana mempunyai keluarga bahagia yang dikurniakan dengan empat orang permata keluarga, tiga puteri dan seorang putera.Di saat usia yang menginjak senja ini tiada apa yang diharapkan melainkan melihat anak-anak membesar didepan mata dengan sempurna.Anak-anak adalah penawar segalanya.Hilai tawa anak-anak adalah pengubat segala kekusutan,mereka adalah tempat untuk mencurahkan segala masalah apatah lagi kini anak-anak telah meningkat dewasa.Namun begitu sebagai orang tua kita perlulah menitip beratkan ilmu agama agar mereka tidak mudah terpaya dengan keseronokan duniawi semata-mata .Mereka perlu dipantau dalam pergaulan agar tidak tersasar haluan hidup yang akan menjerumuskan mereka.
Syukur Alhamdulillah,hari ini tiada yang lebih mengembirakan apabila anak membawa berita gembira dengan membawa kejayaan dalam pelajaran. Semuga kejayaan kakak menjadi pendorong dan semangat buat adik-adik agar berjaya dalam pelajaran mereka dan menjadi insan yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa..INSYAALLAH.
No comments:
Post a Comment