ILMU ITU BERHARGA
Wednesday, 4 December 2013
TUGASAN PANGKALAN DATA
1.Definisi Pangkalan Data
-Pangkalan Data ialah sekumpulan data atau maklumat mengenai sesuatu topik atau
tujuan tertentu yang mempunyai hubungan logik di antara satu sama lain.
Tuesday, 26 November 2013
TUGASAN MICROSOFT ACCESS
DEFINISI MICROSOFT ACCESS
Microsoft Access adalah suatu program aplikasi pangkalan data komputer hubungan yang digunakan untuk merancang , membuat dan memproses pelbagai jenis data dengan kapasiti yang besar.Aplikasi ini menggunakan enjin pangkalan dataMicrosoft Jet Database Engine , dan juga menggunakan paparan grafik yang intuitif sehingga memudahkan pengguna . Versi terakhir adalah Microsoft Office Access 2007 yang termasuk ke dalam Microsoft Office System 2007 .
Monday, 18 November 2013
TAMBAH ILMU DI IPG
Alhamdulillah , syukur kepada Allah Taala kerana mengurniakan kesihatan yang baik sehingga dapat saya teruskan pengajian di peringkat diploma ini, Sesungguhnya berkat kesabaran dan doa dari orang-orang yang tersayang telah dapat membantu bagi menguatkab semangat untuk belajar. Semuga ilmu yang diperolehi ini akan dapat memperbaiki sagala kelemahan dan meningkatkan prestasi diri serta dapat membimbing anak-anak bangsa menjadi anak yang berguna.
Terimakasih kepada Para Pensyarah yang telah banyak memberi bimbingan kepada kami yang telah berusia ini. Jutaan terimakasih diucapkan .
Terimakasih kepada Para Pensyarah yang telah banyak memberi bimbingan kepada kami yang telah berusia ini. Jutaan terimakasih diucapkan .
Friday, 29 March 2013
Setiap insan yang bergelar manusia pasti mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.Alhamdulillah, Saya amat bersyukur kerana mempunyai keluarga bahagia yang dikurniakan dengan empat orang permata keluarga, tiga puteri dan seorang putera.Di saat usia yang menginjak senja ini tiada apa yang diharapkan melainkan melihat anak-anak membesar didepan mata dengan sempurna.Anak-anak adalah penawar segalanya.Hilai tawa anak-anak adalah pengubat segala kekusutan,mereka adalah tempat untuk mencurahkan segala masalah apatah lagi kini anak-anak telah meningkat dewasa.Namun begitu sebagai orang tua kita perlulah menitip beratkan ilmu agama agar mereka tidak mudah terpaya dengan keseronokan duniawi semata-mata .Mereka perlu dipantau dalam pergaulan agar tidak tersasar haluan hidup yang akan menjerumuskan mereka.
Syukur Alhamdulillah,hari ini tiada yang lebih mengembirakan apabila anak membawa berita gembira dengan membawa kejayaan dalam pelajaran. Semuga kejayaan kakak menjadi pendorong dan semangat buat adik-adik agar berjaya dalam pelajaran mereka dan menjadi insan yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa..INSYAALLAH.
permata keluarga
Setiap insan yang bergelar manusia pasti mengimpikan sebuah
keluarga yang bahagia.Alhamdulillah, Saya amat bersyukur kerana mempunyai keluarga
bahagia yang dikurniakan dengan empat orang permata keluarga, tiga puteri dan
seorang putera.Di saat usia yang menginjak senja ini tiada apa yang diharapkan
melainkan melihat anak-anak membesar didepan mata dengan sempurna.Anak-anak
adalah penawar segalanya.Hilai tawa anak-anak adalah pengubat segala
kekusutan,mereka adalah tempat untuk mencurahkan segala masalah apatah lagi
kini anak-anak telah meningkat dewasa.Namun begitu sebagai orang tua kita
perlulah menitip beratkan ilmu agama agar mereka tidak mudah terpaya dengan
keseronokan duniawi semata-mata .Mereka perlu dipantau dalam pergaulan agar
tidak tersasar haluan hidup yang akan menjerumuskan mereka.
Syukur Alhamdulillah,hari ini tiada yang lebih
mengembirakan apabila anak membawa berita gembira dengan membawa kejayaan dalam
pelajaran. Semuga kejayaan kakak menjadi pendorong dan semangat buat adik-adik
agar berjaya dalam pelajaran mereka dan menjadi insan yang berguna kepada
keluarga, agama dan bangsa..INSYAALLAH.
Sunday, 24 March 2013
kehidupanku
Waktu
petang yang indah di Seberang Takir, menatapi sinar mentari yang bakal
melabuhkan tirainya,keindahan itu cukup menarik kerana mengamit memoriku yang
lalu.Di sinilah aku dilahirkan 45 tahun yang lalu sebagai seorang anak nelayan
yang hidup dalam serba kesusahan.Aku
bersama empat orang adik beradik perempuan sentiasa bekerjasama, tolong
menolong dan bekerjakeras melakukan apajua pekerjaan bagi menampung perbelanjaan
keluarga.Pada usia yang masih muda iaitu seawal usia 9 tahun aku telah bersama-sama membantu ibu melakukan
pelbagai pekerjaan bagi mencari rezeki yang halal kerana
ayah tidak dapat bekerja kerana ditimpa kemalangan.Walaupun sedih kerana
tidak dapat bermain bersama-sama rakan
sebaya , namun aku gembira kerana aku dapat membantu ibu dan keluarga.Hari ini aku berbangga kerana semua itu memberi pelbagai pengalaman yang cukup
berharga yang tiada nilainya.Aku bersyukur kerana dengan pengalaman itu
mengajar aku menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan memberi
kekuatan kepadaku untuk meneruskan kehidupan bak kata pepatah bersusah dahulu
bersenang kemudian.
Kini aku bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana
memberikan kehidupan yang sempurna disamping keluarga tercinta.Terimakasih
diucapkan buat keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan buatku
meneruskan pengajian ini.Sesungguhnya kalian semua tetap dalam ingatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)